| Program Usrah KUIS |
Memo Khidmat Komuniti (KK) & Usrah Ijazah 16 Julai 2010
Setiap kumpulan Usrah Ijazah perlulah melaksanakan KK yang telah seminggu bermula. Tiada kategori sepertimana Usrah Diploma, anda bebas melaksanakan apa jua program yang berkaitan kemasyarakatan. Boleh bergabung dengan kumpulan Usrah yang lain dalam menjayakan KK. Sila rujuk ana jika ingin bertanya dan mengesahkan sebelum bermulanya KK di JPM. Tiada kertas kerja diperlukan, sila dapatkan surat pengesahan melaksanakan KK dari pihak berkaitan dan CD gambar KK perlu diserta dalam laporan akhir KK. Tarikh 6 Ogos 2010 (Jumaat) bertempat di Galeri KUIS bermula jam 9.00 pagi - 4.00 petang akan diadakan pertemuan dan penyerahan laporan akhir program Usrah semester ini. Nuqaba diminta membawa buku log, senarai semak tarbiyah ahli, laporan KK & CD gambar, dan sila nyatakan sekali jika ada ahli yang belum memiliki buku Dr. Fathy Yakan, Buku Amal Islami dan al-Quran terjemahan. 16 Julai 2010 di Audi Pentadbiran; perjumpaan Nuqaba Ijazah, manakala semua ahli usrah berkumpul di Masjid KUIS (siswa & siswi) Program Usrah Ijazah "ANDA BIJAK JAUHI ZINA" anjuran Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) bekerjasama dengan Raudatus Sakinah di Audi Pentadbiran bermula jam 11.00 pagi - 12.30 t.hari. 23 Julai 2010 bagi siswi dan 30 Julai 2010 bagi siswa. Safwan AhmadKetua Unit Hal Ehwal IslamTawaran Mengikuti Program Khidmat Komuniti1. Forum Perdana Ehwal Islam di Shah Alam; 16 Julai 2010 (Jumaat) 8.30 - 11.30 malam/ Percuma 2. Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) di Shah Alam; 17 Julai 2010 (Sabtu) 6.30 pagi/ Percuma 3. Seminar Konvensyen Falak Selangor 2010 di Shah Alam; 17 Julai (Sabtu) 7.30 pagi - 4.30 ptg/ RM10 4. Konsert Demi mu al-Aqsa 2010 di Nilai; 17 Julai 2010 (Sabtu) 6.00 ptg - 10.30 malam/ RM10 5. Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di PWTC, KL; 27 Julai - 3 Ogos 2010 (setiap hari)/ Percuma 6. Gotong Royong di Surau Al-Amin, Bangi; 18 Julai 2010 (Ahad)/ 7. Kutipan bagi Pembangunan Masjid al-Mustaqim Bandar Seri Putra (Bebas)/ 8. Atau apa sahaja program yang boleh dikategorikan Khidmat Komuniti (KK) oleh UHEI-JPM * Bas akan disediakan dan tempat adalah terhad, sila segera berjumpa dengan Ustaz Safwan Ahmad* Bagi kumpulan Usrah Ijazah yang ingin hadir, ia akan dinilai sebagai Khidmat Komuniti, tetapi tiada surat pelepasan kuliah akan diberikan. Tidak perlu sediakan kertas kerja. Memo Usrah KUIS 9 July 2010
|


















