|
Written by shahrin
|
|
PENDAHULUAN
Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) memegang amanah dan tanggungjawab merancang serta malaksanakan semua urusan pelajar termasuk pembangunan pelajar, perhubungan pelajar dan kebajikan pelajar. Untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni KUIS, JPM telah telah beroperasi dalam satu kumpulan kerja “team work” yang terdiri daripada beberapa unit. JPM membawa motto “MESRA SISWA” dalam semua urusan terutama yang melibatkan urusan dengan pelajar.
PIAGAM PELANGGAN
- Menawarkan perkhidmatan pelanggan yang berteraskan moto “Tulus, Telus dan Efisyen” serta menjadikan “Mesra Siswa” sebagai paksi jabatan.
- Mengutamakan pelanggan jabatan iaitu mahasiswa yang berdaftar di KUIS dan seluruh warga KUIS.
- Mengurus selia dan meluluskan semua aktiviti mahasiswa menepati prosedur yang ditetapkan oleh jabatan.
- Mengurus dan membantu setiap mahasiswa mendapatkan penajaan dan bantuan kewangan pengajian dari institusi terpilih.
- Melaksanakan usaha-usaha menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa terjamin.
- Menjana dan menyusun strategi untuk meningkatkan mutu pencapaian mahasiswa dalam bidang akademik, sahsiah dan kerjaya.
PERKHIDMATAN JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA
Jabatan Pembangunan Mahasiswa bertanggungjawab dalam mengendalikan unit-unit seperti berikut :
- Unit Displin dan Tatatertib
- Unit Aktiviti Mahasiswa
- Unit Ko-kurikulum
- Unit Kediaman
- Unit Rundingcara & Kerjaya
- Unit Biasiswa, Tajaan dan Kebajikan Pelajar
- Unit Hal Ehwal Islam
|
|
Last Updated on Tuesday, 22 December 2009 01:46 |