Memo Khidmat Komuniti (KK) & Usrah Ijazah 16 Julai 2010
Setiap kumpulan Usrah Ijazah perlulah melaksanakan KK yang telah seminggu bermula. Tiada kategori sepertimana Usrah Diploma, anda bebas melaksanakan apa jua program yang berkaitan kemasyarakatan. Boleh bergabung dengan kumpulan Usrah yang lain dalam menjayakan KK. Sila rujuk ana jika ingin bertanya dan mengesahkan sebelum bermulanya KK di JPM. Tiada kertas kerja diperlukan, sila dapatkan surat pengesahan melaksanakan KK dari pihak berkaitan dan CD gambar KK perlu diserta dalam laporan akhir KK.
Tarikh 6 Ogos 2010 (Jumaat) bertempat di Galeri KUIS bermula jam 9.00 pagi - 4.00 petang akan diadakan pertemuan dan penyerahan laporan akhir program Usrah semester ini. Nuqaba diminta membawa buku log, senarai semak tarbiyah ahli, laporan KK & CD gambar, dan sila nyatakan sekali jika ada ahli yang belum memiliki buku Dr. Fathy Yakan, Buku Amal Islami dan al-Quran terjemahan.
16 Julai 2010 di Audi Pentadbiran; perjumpaan Nuqaba Ijazah, manakala semua ahli usrah berkumpul di Masjid KUIS (siswa & siswi)
Program Usrah Ijazah "ANDA BIJAK JAUHI ZINA" anjuran Majlis Perwakilan Nuqaba' (MPN) bekerjasama dengan Raudatus Sakinah di Audi Pentadbiran bermula jam 11.00 pagi - 12.30 t.hari. 23 Julai 2010 bagi siswi dan 30 Julai 2010 bagi siswa.
Safwan AhmadKetua Unit Hal Ehwal Islam
Tawaran Mengikuti Program Khidmat Komuniti
1. Forum Perdana Ehwal Islam di Shah Alam; 16 Julai 2010 (Jumaat) 8.30 - 11.30 malam/ Percuma
2. Program Menyemarakkan Islam Selangor (PROMISE) di Shah Alam; 17 Julai 2010 (Sabtu) 6.30 pagi/ Percuma
3. Seminar Konvensyen Falak Selangor 2010 di Shah Alam; 17 Julai (Sabtu) 7.30 pagi - 4.30 ptg/ RM10
4. Konsert Demi mu al-Aqsa 2010 di Nilai; 17 Julai 2010 (Sabtu) 6.00 ptg - 10.30 malam/ RM10
5. Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di PWTC, KL; 27 Julai - 3 Ogos 2010 (setiap hari)/ Percuma
6. Gotong Royong di Surau Al-Amin, Bangi; 18 Julai 2010 (Ahad)/
7. Kutipan bagi Pembangunan Masjid al-Mustaqim Bandar Seri Putra (Bebas)/
8. Atau apa sahaja program yang boleh dikategorikan Khidmat Komuniti (KK) oleh UHEI-JPM
* Bas akan disediakan dan tempat adalah terhad, sila segera berjumpa dengan Ustaz Safwan Ahmad
* Bagi kumpulan Usrah Ijazah yang ingin hadir, ia akan dinilai sebagai Khidmat Komuniti, tetapi tiada surat pelepasan kuliah akan diberikan. Tidak perlu sediakan kertas kerja.
Memo Usrah KUIS 9 July 2010
11.00 am -12.30 pm/ Friday
International Students : Riadah/ attend sport program. Please refer Miss Yati at IO
Ijazah Siswi : Halaqah
Siswa : Program Kembara Mercy Malaysia di Audi Pentadbiran
(Syarat masuk Audi adalah diwajibkan membawa Buku Dr. Fathy Yakan, Buku Amal Islami dan Senarai semak Tarbiyah Diri)
Diploma : Sila rujuk jadual di Papan Kenyataan Usrah hadapan JPM
Asasi dan Repeat : Diskusi Intelek Prof. Muhammad Salleh di Audi Akademi Islam
Kejururawatan : Halaqah di Hospital dan Klinikal
Kelas al-Quran : Sila rujuk pensyarah anda
(Nama yang tidak mengikuti program ini akan digagal walaupun anda mengikuti program Usrah; ianya ditagging STP/B;
jika anda LULUS pada semester ini, anda perlu mendaftar STP/B dan masuk kumpulan Usrah semt. 2 pada semester hadapan)
Notis; Sila ambil/ beli buku Amal Islami di One Stop Centre/ bayar @ bawa resit ke Bendahari (buku baru sampai)
KHIDMAT KOMUNITI (SILA PASTIKAN ANDA TIDAK LEWAT HANTAR LAPORAN)
Khidmat Komuniti telah bermula, sila rujuk papan kenyataan JPM. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Us. Shuhaimi bagi Diploma dan saya bagi Ijazah.
Safwan Ahmad Ketua Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) |